JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri memberi jaminan akan terus mendokong serta menyokong usaha yang dilakukan kerajaan Persekutuan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, usaha ini untuk memastikan program dan perancangan kerajaan itu akan dapat dilaksanakan mengikut jadual.
“Ini adalah menjadi tanggungjawab dan hasrat kerajaan negeri untuk menterjemahkan perancangan kerajaan pusat sebaik mungkin.
“Maka, pendekatan dan kaedah yang diamalkan kerajaan akan kita teruskan untuk meletakkan kepentingan kerajaan dan rakyat di barisan paling hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang menyatakan sokongan terhadapnya.-K! ONLINE