fbpx

Linda Onn kongsi rasa rindu kehilangan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LINDA bersama arwah ibunya.

PETALING JAYA – Selepas tiga minggu, bekas penyampai radio terkenal Linda Onn akhirnya berkongsi khabar duka tentang pemergian ibunya, Sa’diah Khamis yang meninggal dunia pada 9 Mac.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 43, meluahkan perasaan buat ibunya yang meninggalnya pada usia 79 tahun itu.

“Selepas tiga minggu berlalu baru saya ada kekuatan untuk berkongsi hantaran ini.

“Ibu tidak ada sakit. Linda sangat jaga kesihatan ibu. Selama ini Linda takut kalau ibu sakit. Ibu tidak ada sakit jantung, kencing manis, darah tinggi atau buah pinggang.

“Ibu tak sakit! Ibu sihat sungguh! Malah ibu lebih sihat, kuat dan aktif daripada Linda,” tulisnya dalam Instagram.

Bagaimanapun, Linda memberitahu bahawa ibunya tiba-tiba mengadu sakit perut sebelum meninggal dunia.

“Mudah sungguh ibu pergi tidak menderita lama. Selama dua minggu sahaja ibu sakit. Lepas itu ibu pergi selamanya. Cepat sangat rasa macam mimpi.

“Linda masih terkejut rasa tidak percaya,” luah Linda.

Dalam hantaran itu juga, Linda memberitahu bahawa ibunya adalah menjadi penasihat terbaik dalam apa jua keputusan yang dia lakukan.

Malah Linda turut mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana memilih untuk tinggal bersamanya walaupun terpaksa berebut dengan adik-beradik yang lain.

“Kepada teman-teman dan saudara mara yang datang ziarah, terima kasih. Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu semoga tenang di sisi maha pencipta,” kata Linda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI