fbpx

‘Media City’ seiring penyiaran digital antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Kompleks Penyiaran Angkasapuri yang sedang dinaik taraf kepada sebuah kompleks berkonsepkan Bandar Media atau Media City adalah sejajar dengan kemajuan pesat dalam bidang teknologi penyiaran dan standard penyiaran digital antarabangsa.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, projek pembangunan ini dilaksanakan secara kerjasama antara pihak kerajaan dan juga swasta.

Menurutnya, ia dijangka dapat menyediakan infrastruktur penyiaran yang canggih serta berteknologi tinggi selaras dengan perancangan kerajaan untuk membangunkan perkhidmatan siaran televisyen digital.

“Pembangunan projek ini mengambil contoh beberapa projek pembangunan Media City yang berjaya dilaksanakan di Bandar raya seperti di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu, di Sydney (Australia) dan di Manchester, United Kingdom.

“Kompleks penyiaran Media City ini bukanlah semata-mata projek pembangunan fizikal bahkan ia merangkumi sistem peralatan, teknologi dan pemusatan arkib bahan-bahan penyiaran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-75 dan Orkestra RTM Ke-60 yang dilakukan secara maya hari ini.

Jelasnya, pembangunan Media City ini adalah selari dengan Pelan Transformasi RTM yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan penggunaan platform-platform media RTM secara lebih optimum dan mencapai visi jabatan dengan lebih efektif.

“Saya percaya pelan ini akan memberikan manfaat yang besar bukan sahaja kepada organisasi malah kepada industri kreatif tempatan.

“Antara lain, ia akan menawarkan pemantapan kandungan di saluran-saluran TV, penyegaran penyampaian di medium radio dan pemerkasaan media baharu untuk memupuk dan menambah kesetiaan dalam kalangan audien,” ujarnya.

Ujar beliau lagi, kerajaan berharap projek ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi kreatif serta membuka lebih banyak ruang dalam bidang penerbitan penyiaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI