fbpx

Kanak-kanak ceria peneman bapa hantar barang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fei’er mula mengikut bapanya menghantar barang sejak berusia enam bulan pada setiap pagi. - South China Morning Post

BEIJING – Seorang penghantar barang di wilayah Jiangsu, China tular di media sosial apabila dirakam ‘mengangkut’ anak perempuannya berusia dua tahun di dalam sebuah beg ketika melakukan kerja penghantaran.

Menurut akhbar South China Morning Post kelmarin, lelaki dikenali sebagai Li Yuanyuan itu terpaksa membawa anaknya, Fei’er semasa bekerja kerana tidak mampu menghantar Fei’er ke pusat jagaan kanak-kanak.

Yuanyuan bergilir menjaga Fei’er bersama isterinya yang bekerja di sebuah pasar basah selepas anaknya menghidap penyakit pneumonia ketika berumur lima bulan.

“Saya mula membawa Fei’er bersama ketika menghantar barang sejak dia berusia enam bulan iaitu pada Mei 2019. Saya meletakkannya di dalam beg di bahagian hadapan motosikal.

“Dia seorang anak yang baik, sentiasa tersenyum apabila berjumpa pelanggan dan tidak menimbulkan masalah semasa motosikal bergerak,”kata bapa tersebut.

Fei’er tidak pernah memberontak dan sentiasa mendengar kata apabila mengikut bapanya menghantar makanan atau barangan.- South China Morning Post

Tambah Yuanyuan, dia sedar risiko yang ditanggung ketika membawa Fei’er bekerja, namun mereka tidak mempunyai pilihan lain.

“Kami tinggal di sebuah bilik seluas 32 meter per segi dengan sewa AS$45(RM186). Ramai yang mahu memberi derma apabila tahu saya membawa Fei’er ketika bekerja tetapi saya menolak kerana berasakan saya masih mampu bekerja untuk menyara keluarga.

“Pada waktu pagi, Fei’er akan mengikut saya bekerja manakala pada waktu petang, isteri akan mengambil alih tugas menjaganya,” ujar Yuanyuan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI