fbpx

Litar lumba bertaraf dunia bernilai RM180j di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOH (kanan, duduk) bersama Abdul Rahman (duduk, kiri) menandatangani perjanjian antara Open Road Asia dengan PKB di Wisma Darulaman, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Langkawi bakal memiliki satu lagi tarikan pelancongan sukan bertaraf dunia menerusi pembangunan
litar lumba dikenali sebagai Litar Antarabangsa Open Road (ORIC) di Bukit Malut tidak lama lagi.

Pengasas dan Penasihat Kumpulan Open Road Asia Sdn. Bhd. (Open Road Asia), Datuk David Goh berkata, litar tersebut telah dirancang untuk mendapat penarafan gred dua daripada Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Menurut beliau, selain litar, projek bersepadu dengan nilai pembangunan kasar RM1.3 bilion itu akan turut membangunkan resort yang mengandungi kediaman mewah, outlet penjualan barangan mewah, hotel lima bintang dan pusat pengedaran kenderaan 4S (jualan, servis, alat ganti, semburan cat).

Turut dibangunkan di kawasan seluas 74 hektar itu adalah gudang penyimpanan untuk 900 unit kenderaan mewah, stesen minyak dan pelbagai tarikan pelancong lain seperti restoran terkemuka dunia.

“Projek ini dijangka menyediakan lonjakan ekonomi berimpak tinggi segera kepada tidak hanya Langkawi, malah Kedah dan Malaysia apabila siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Fasa pertama pembangunan ini ialah pembinaan litar sepanjang 5.8 kilometer yang dijangka bermula suku ketiga tahun ini dan ia bakal mengambil masa dua tahun untuk disiapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pemeteraian perjanjian antara Open Road Asia dengan anak syarikat kerajaan negeri, Permodalan Kedah Berhad (PKB) di Wisma Darul Aman di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi dan Ke­tua Pegawai Eksekutif PKB, ­Abdul Rahman Din.

Menurutnya, litar berkenaan akan direka bentuk mengikut topografi sebenar Bukit Malut dengan beberapa rekod dunia bakal tercatat di situ, antaranya litar lurus terpanjang, selain selekoh dan penurunan bukit curam yang mencabar kemam­puan pelumba.

Tambah Goh, syarikat bakal melantik arkitek, pereka terkemuka dunia dan firma perunding bagi menyiapkan litar yang diilhamkan reka bentuknya dari litar Nurburgring di Jerman.

“Bakal dikenali sebagai Nurburgring Timur, perbincangan awal bersama firma perunding telah menetapkan kos pembinaan bagi litar tersebut adalah sebanyak RM180 juta.

“Dengan penarafan gred dua dari FIA, litar ini boleh menganjurkan semua acara sukan permotoran bertaraf antarabangsa kecuali Formula 1 (F1),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI