fbpx

Mayat nelayan warga Vietnam ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Maritim Malaysia sedang mengambil mayat seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan terapung kira-kira 101.7 batu nautika dari kuala Tok Bali, Pasir Puteh semalam. - Foto IHSAN MARITIM MALAYSIA

PASIR PUTEH – Mayat seorang lelaki ditemui terapung di perairan Kelantan dipercayai nelayan warga Vietnam yang merupakan mangsa bot karam di Pulau Nam Du seminggu lalu.

Mayat mangsa ditemui oleh kru kapal pelantar kira-kira 101.7 batu nautika dari kuala Tok Bali di sini pada pukul 9.45 pagi semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kapal pelantar minyak yang menemui mayat mangsa berhampiran sempadan perairan Malaysia – Thailand.

Menurutnya, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC)Kuantan dengan bantuan Kapal Maritim (KM) Amanah telah bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 12.45 tengah hari untuk mengambil mayat di lokasi berkenaan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, mayat mangsa telah dihanyutkan sejauh lebih kurang empat batu nautika daripada lokasi penemuan asal.

“Siasatan mendapati, mayat itu berkemungkinan merupakan salah seorang mangsa bot karam berhampiran Pulau Nam Du, Vietnam pada minggu lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhd. Nur Syam Asmawie, jarak penemuan mayat itu dengan seorang mangsa yang diselamatkan baru-baru ini dianggarkan sejauh sembilan batu nautika.

Katanya, mayat mangsa dianggarkan akan tiba di Jeti Maritim Malaysia Kelantan kira-kira pukul 8.30 malam ini.

Sebelum ini, empat orang nelayan warga Vietnam ditemui dalam keadaan selamat selepas mereka terapung di perairan Kelantan selama lima hingga enam hari.

Kesemua mangsa sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan kini sedang dirawat di pusat kesihatan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI