fbpx

Tongkang hanyut langgar jeti Marina Pulau Indah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jeti Marina Pulau Indah dilanggar tongkang dipercayai membawa muatan besi.

KLANG – Sebuah jeti di Marina Pulau Indah di sini rosak apabila dilanggar sebuah tongkang membawa besi buruk yang hanyut di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Insiden tersebut kemudiannya tular dalam laman sosial Facebook menerusi video berdurasi satu minit 31 saat.

Jabatan Laut Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan Jabatan Laut Wilayah Tengah telah menerima maklumat satu tongkang Inai Tanjung 39 telah hanyut dan menuju ke Marina Pulau Indah.

Katanya, tongkang itu kemudiannya telah melanggar pontoon Pier Ahmad di Marina Pulau Indah sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada struktur jeti tersebut dengan tiang cerucuknya telah senget.

“Pontoon yang mengubungkan antara jalan darat di Marina dan Pier Ahmad juga telah pecah. Namun, tiada kemalangan jiwa dan tumpahan minyak berlaku.

“Susulan kejadian itu, tongkang tersebut yang terkandas di tempat kejadian telah ditarik oleh bot tunda pukul 4 petang ke Inai Kiara Shipyard,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jabatan Laut turut menegaskan telah menubuhkan pasukan penyiasat dalam mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI