fbpx

Lelaki mencuri di kedai serbaneka dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelibat suspek (kanan) yang dilihat dalam CCTV sebuah kedai serbaneka di Chukai, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang lelaki diburu polis kerana disyaki terlibat dalam kecurian di sebuah kedai serbaneka melibatkan kerugian kira-kira RM2,000 di Jalan Jakar, Chukai di sini pada kelmarin.

Dia yang berpakaian baju T bewarna biru dan berseluar pendek dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu dipercayai suspek utama mencuri beg silang milik seorang jurujual kedai serbaneka berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, jurujual wanita berusia 27 tahun mendapati beg silangnya yang diletakkan di dalam bilik stor di kedai serbaneka tersebut telah hilang.

“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), bilik stor tersebut telah dimasuki seorang lelaki tidak dikenali dipercayai suspek.

“Pengadu percaya suspek merupakan satu-satunya individu yang memasuki bilik stor itu sewaktu kejadian telah mencuri beg silangnya yang mengandungi wang tunai dan beberapa barangan peribadinya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, polis sedang giat mengesan lelaki itu bagi membantu siasatan kes yang dilakukan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Orang awam yang mengenali suspek boleh menyalurkan maklumat kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan Azhar Ali di talian 013-6060712 bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI