fbpx

Selangor pertahan guna Jajaran Selatan Selangor bagi projek ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (empat dari kanan) bersama pelajar serta ahli keluarga pelajar yang menerima surat tawaran Biasiswa Khas Dato' Menteri Besar Selangor di SUK Selangor, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mempertahankan keputusannya untuk membangunkan pelan Jajaran Selatan Selangor (Hulu Selangor-Sepang-Westport) bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan pusat ketika itu dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju membangunkan jajaran berkenaan.

“Kita (kerajaan negeri) telah melengkapkan kajian pengambilan tanah, nama stesen dan beberapa aspek lain di jajaran selatan.

“Namun, Menteri Pengangkutan ketika ini (Datuk Seri Wee Ka Siong) pada bulan Julai dan Ogos lalu mengumumkan untuk menggunakan Jajaran Utara Selangor (Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang) pula bagi projek tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan penyerahan surat Tawaran Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dan Biasiswa Selangor Bitara di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Amirudin memberitahu, isu pengambilan tanah dan pemindahan penduduk terutama penduduk Kampung Keretapi, Ijok dekat sini perlu dilakukan sekiranya Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) masih bertegas mahukan jajaran utara.

Tegas beliau, kos pembinaan jajaran selatan lebih murah sebanyak RM5.4 bilion berbanding jajaran utara.

“Malah jajaran selatan dapat melindungi Lembagan Sungai Selangor yang merupakan salah satu sumber bekalan air utama kepada 60 peratus daripada 1.4 juta akaun pengguna air di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Jadi saya harap Pengerusi MRL (Tan Sri Zuki Ali) perlu jujur dengan kenyataan yang dibuatnya dan kerajaan negeri bertegas untuk membangunkan jajaran selatan,” tegasnya.

Isnin lalu, Zuki berkata, Kerajaan Pusat menanggung kerugian sebanyak RM1.25 juta setiap hari disebabkan keputusan kerajaan Selangor yang tidak bersetuju menggunakan jajaran utara.

Menurutnya, penangguhan persetujuan Selangor akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat supaya satu keputusan boleh dicapai. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI