fbpx

Permohonan UPUOnline dilanjut hingga 7 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk melanjutkan tarikh tutup permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2021/2022 sehingga 5 petang, 7 April depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, keputusan itu dilakukan kerana kementerian prihatin akan kekangan masa yang dihadapi oleh pemohon berikutan anjakan masa jadual peperiksaan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf.

“Sehubungan itu, permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu.mohe.gov.my sehingga tarikh tutup yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Katanya, KPT berharap keputusan itu dapat memberikan kelonggaran masa dan memudahkan urusan pemohon untuk  melanjutkan pengajian.

Sebelum ini, permohonan bagi UPUOnline dibuka pada 4 Januari lalu hingga 31 Mac bagi  SPM, STPM, Asasi dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); lepasan matrikulasi serta lepasan diploma. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI