fbpx

Azhar Osman makin kurus, baru sembuh penyakit Gerd

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Osman.

PETALING JAYA – Perkongsian foto terbaharu oleh penyanyi Azhar Osman mengejutkan ramai pihak dalam kalangan peminat dan rakan-rakan selebriti kerana keadaannya kelihatan semakin kurus dan cengkung.

Menerusi perkongsian yang dibuat dalam Instagramnya, bekas anggota kumpulan duo, Azhael itu terlihat sangat kurus menerusi sekeping foto yang menunjukkan bahagian sisi tanpa memandang kamera.

Penyanyi Ani Maiyuni dilihat turut meninggalkan komen apabila terkejut melihat bentuk tubuh penyanyi itu.

“Adik kenapa makin kurus?” soalnya.

Pertanyaan Ani Maiyuni itu dijawab Azhar dengan memaklumkan bahawa dia baru sahaja sembuh daripada penyakit Gastro Esofagus Refluks Disease (Gerd) atau reflux.

“Baru baik daripada penyakit Gerd kak,” jawab Azhar.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun itu turut memaklumkan bahawa dia kini semakin beransur pulih dan perlu menjaga pemakanan untuk mengawal penyakit yang dihidapinya.

“Alhamdulillah. Tapi pantang makan kena jaga. Pastikan tidak ambil makanan bertepung (gluten), Monosodium glutamate (MSG) dan makanan segera,” tulis Azhar.

Untuk info, Gerd merupakan sejenis gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kalanya kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut).

Masalah Gerd yang berpunca daripada struktur dalaman badan dan gaya hidup akan menjadi semakin teruk jika tidak dirawat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI