fbpx

Pulau James Bond diletak bawah pengawasan ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Koh Tapu popular selepas penggambaran filem James Bond yang dibintangi oleh Sir Rooger Moore (kiri) pada 1974. - Google

BANGKOK – Pulau peranginan Koh Tapu atau lebih dikenali sebagai ‘Pulau James Bond’ di Thailand dilaporkan memerlukan pemantauan rapi kerana berisiko tinggi mengalami runtuhan batu, kata Jabatan Sumber Mineral semalam.

Kebimbangan tersebut semakin meningkat berikutan kejadian runtuhan batu di Pulau Koh Thalu di wilayah Prachuap Khiri Khan, barat negara itu  pada 17 Oktober tahun lalu.

Pulau itu popular dalam kalangan pelancong antarabangsa selepas menjadi lokasi penggambaran filem James Bond pada tahun 1974,  The Man with the Golden Gun lakonan  Roger Moore.

Sejak itu, Koh Tapu diberi gelaran Pulau James Bond terutama dalam buku panduan pelancong.

Pulau Koh Tapu kini dilaporkan berisiko tinggi mengalami runtuhan batu kapur akibat pemanasan global. – Google

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sumber Mineral, Montri Luang-ingkhasut memberitahu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Varawut Silpa-archa baru-baru ini menekankan keperluan menyelaraskan  kerja baik pulih tempat-tempat pelancongan laut yang berisiko mengalami runtuhan batu.

Varawut juga mengarahkan tindakan segera diambil bagi mencegah perkara ini daripada berulang.

Koh Tapu termasuk dalam senarai pulau batu kapur yang disebutkan oleh menteri berkenaan sebagai berisiko tinggi menghadapi nasib sama seperti Pulau Koh Thalu.

Perubahan iklim dan pemanasan global diyakini menjadi faktor utama cuaca buruk yang mempengaruhi pulau-pulau batuan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN