fbpx

Felda mahu wujudkan semula JKKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (depan, lima kiri) bersama pemimpin tanah rancangan Felda di Dewan Semai Bakti Felda Mempaga 1 di sini semalam.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

BENTONG – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mewujudkan kembali Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) di semua 317 tanah rancangan 11 Wilayah Felda seluruh negara dalam masa terdekat.

Keputusan itu menyaksikan terdapat tanah rancangan Felda termasuk di Pahang akan mempunyai sehingga tiga pentadbir peringkat tanah rancangan termasuklah Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, penubuhan semula JKKR itu akan menjadi penghubung antara Felda pusat dengan tanah rancangan.

“Mewujudkan semula JKKR di tanah rancangan Felda adalah selaras dengan usaha untuk memartabatkan Felda sebagai organisasi yang cekap dan diiktiraf dunia.

“Arahan telah dikeluarkan kepada semua pengurusan rancangan supaya segera menubuhkan JKKR dan memantapkan pentadbiran organisasi berkenaan,” katanya pada Majlis Mencari Keberkatan Felda Wilayah Mempaga di Dewan Semai Bakti Felda Mempaga 1, di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Besar Felda (Bahagian Pembangunan), Datuk Amir Hamdan Yusof dan Pengerusi Kami Anak Felda (KAF) Datuk Amizar Abu Adam.

Sebelum ini JKKR dimansuhkan dan digantikan dengan JKKK di tanah rancangan Felda yang telah menyelesaikan bayaran kembali dan menerima surat hak milik tanah.

Menurut Idris, setakat ini sebanyak 100 tanah rancangan Felda mempunyai JKKK dan MPKK yang menjadi pentadbir tanah rancangan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI