fbpx

Irwansyah, Zaskia timang anak lelaki selepas 10 tahun menanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Selepas 10 tahun menanti, pasangan selebriti Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar akhirnya menyambut cahaya mata sulung mereka di sebuah pusat perubatan di Jakarta semalam.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri aktor filem Heart itu menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, Irwansyah atau nama sebenarnya Irwansyah Umar Effendy turut mendedahkan nama anak lelakinya iaitu Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan dengan berat mencecah 3.4 kilogram.

Difahamkan Zaskia yang juga merupakan seorang pelakon telah selamat melahirkan anaknya menerusi kaedah pembedahan.

“Assalamualaikum anak solehku, Ukkasya Muhammad Syahki, anak yang baik. Terima kasih atas sokongan dan cintanya untuk keluarga kecil kami selama ini.

“Semoga Allah membalas setiap doa, ucapan manis dan sokongan kalian semua dengan kebaikan dan keberkatan,” tulis Irwansyah.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI