fbpx

Perakam suara pesawat Sriwijaya Air ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan mencari dan menyelamat pesawat Sriwijaya Air SJ-182. - Antara/Muhammad Adimaja

JAKARTA – Perakam suara kokpit daripada sebuah pesawat penumpang Indonesia yang terhempas telah ditemui, kata kementerian pengangkutan negara itu hari ini, lebih dua bulan selepas kemalangan yang mengorbankan kesemua 62 penumpang dan kru tersebut.

Beberapa pegawai berkata, sidang akhbar penemuan Perakam Suara Kokpit pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air itu akan diadakan tengah hari ini.

Pesawat berusia 26 tahun itu terhempas ke dalam laut pada ketinggian sekitar 3,000 meter dekat Jakarta beberapa minit selepas berlepas, 9 Januari lalu. Sebelum ini, pesawat tersebut digunakan oleh Continental Airlines dan United Airlines yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Pasukan penyelam melakukan pencarian di Laut Jawa berhubung perakam suara  yang merupakan salah satu daripada dua kotak hitam pesawat berkenaan. Alat itu merekodkan perbualan kru penerbangan tersebut.

Perakam data penerbangan telah ditemui di dasar Laut Jawa sebelum ini. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI