fbpx

Warga emas maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut digilis di Jalan Datuk Undang Johol berhampiran Persimpangan Lampu Isyarat Bangunan MCA, di sini malam tadi. /FOTO MEDIA SOSIAL

KUALA PILAH – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Datuk Undang Johol berhampiran Persimpangan Lampu Isyarat Bangunan MCA, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.28 malam itu, mangsa, R Ramesh, 64, yang beralamat di Chaah, Johor mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani, kemalangan berkenaan membabitkan motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa dan juga sebuah lori.

“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dari arah Seremban menuju ke Bahau sedang membelok ke kiri, secara tiba-tiba telah terdengar bunyi dentuman di sebelah kiri lori berkenaan.

“Didapati lori yang dipandu telah bergesel dan menggilis sebuah motosikal dan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Amran berkata, akibat kemalangan berkenaan mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk tujuan bedah siasat.

“Pemandu lori tanker berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan saringan air kencing yang dilakukan adalah negatif,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI