fbpx

Keunikan Gula Melaka Peroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azizah Omar menunjukkan Gula Melaka Peroi yang dihasilkan di bengkel pemprosesan miliknya di Johor.

JOHOR: Sekali pandang, gula Melaka yang dihasilkan perusahaan industri kecil sederhana (IKS), Ayizah Nur Enterprise ini seperti yang kebanyakan terdapat di pasaran.

Namun, tidak ramai sedar akan kelebihan Gula Melaka Peroi yang diusahakan Nor Azizah Omar, 41, bersama suaminya, Nazri Rusli, 48, di bengkel pemprosesan diusahakan mereka.

Nor Azizah, mempunyai ‘formula’ mencipta resipi gula Melaka yang dibangunkan bersama suaminya hampir 10 tahun.

Diproses setiap hari sebanyak 250 kilogram (kg) Gula Melaka Peroi menggunakan air nira kelapa segar, menjadikan produk yang dihasilkan menarik perhatian.

“Penggunaan gula Melaka bukan sahaja dalam masakan atau kuih-muih tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai penyedap rasa bagi minuman.

“Selain kualiti gula Melaka, keunikan produk ini yang hancur atau peroi juga memudahkan penggunaannya tanpa perlu diketuk atau hiris seperti gula Melaka lain di pasaran,” katanya ketika ditemui di bengkel pemprosesan gula Melaka, di sini, baru-baru ini.

Katanya, untuk memastikan kualiti gula Melaka terjamin, air nira kelapa akan dihimpun seawal pukul 6 pagi setiap hari dan proses memasak gula dijalankan selama 45 minit.

“Pada permulaan perniagaan, gula ini dimasak secara manual dan kini dengan adanya teknologi mesin yang canggih, proses penghasilan gula Melaka peroi lebih cepat.

“Sehari, proses memasak dilakukan sebanyak 10 kali untuk menghasilkan 250 kg gula Melaka dan menjelang musim perayaan, ia terpaksa digandakan untuk memenuhi permintaan pasaran dari seluruh Malaysia,” katanya.

Pensijilan Halal diperoleh melalui program latihan anjuran Unit Pembangunan Usahawan, Amanah Ikhtiar Malaysia. Di samping itu juga, pelbagai kursus, bengkel dan latihan anjuran AIM telah disertai bagi meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam bidang keusahawanan.

Menerusi pengalamannya sebagai Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), katanya, pinjaman dilakukan membolehkan gula Melaka diusahakan itu melalui pembaharuan pembungkusan produk dan sekali gus pembiayaan AIM digunakan untuk membesarkan ruang premis perniagaan.

“Pembungkusan produk memainkan peranan penting dan ia perlu menarik tumpuan pengguna.

“Pinjaman diberikan AIM sejak 10 tahun lalu membolehkan saya melakukan inovasi pada gula Melaka yang diusahakan selain dijadikan modal pusingan di waktu mencabar,” katanya.

Untuk maklumat lanjut hubungi Nor Azizah Omar 012-694 7652.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI