fbpx

Vaksin Liga Malaysia bermula Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL MERICAN (kiri) bersama Hamidin melakukan gimik pelancaran Liga SupaRimau di Kelana Jaya semalam.

PASUKAN-PASUKAN Liga Malaysia (Liga M) serta skuad Harimau Malaya dijangka menerima suntikan Covid-19 pada fasa ­kedua yang dijadualkan bermula Mei depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, meskipun sudah menghantar 4,000 nama atlet dan pegawai, namun ia meliputi empat fasa.

Ujar beliau, antara sebab pemain serta pegawai Liga M ­menerima suntikan vaksin bermula Mei nanti kerana perlu disesuaikan dengan jadual bekalan vaksin tersebut.

“Berhubung suntikan vaksin, sebagai permulaan pada fasa pertama, keutamaan diberikan kepada atlet yang akan pergi ke temasya Sukan Olimpik 2020 iaitu­ seramai 264 orang.

“Seterusnya, bagi saingan Liga Malaysia, ia akan bermula pada fasa kedua iaitu bulan Mei ke atas kerana kita perlu sesuaikan de­ngan jadual bekalan vaksin itu,” katanya kepada pem­berita selepas majlis pelancaran Liga ­SupaRimau di Wisma FAM, Kelana­ Jaya semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin serta Naib Presiden FAM, Datuk S. Sivasundram.

Sebagai rekod, Reezal mengesahkan kementeriannya sudah menghantar senarai nama 4,000 atlet dan pegawai yang mewakili negara ke pe­ringkat antarabangsa sebagai ke­utamaan untuk menerima vaksin Covid-19.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada FAM atas kejayaan melancarkan edisi pertama Liga SupaRimau FAM yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Jun depan.

“Tahniah kepada FAM kerana ini adalah satu pencapaian yang penting dalam pembangunan ekosistem bola sepak apabila melibatkan pemain akar umbi berusia 6 hingga 16 tahun.

“Liga SupaRimau ini akan menyediakan kumpulan bakat yang luas, sekali gus menjadi pelengkap kepada inisiatif kerajaan iaitu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP),” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI