fbpx

Mir mula sedar potensi jentera Suzuki GSX-RR 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR hampir merangkul podium kedua pada GP Qatar minggu lalu sebelum dipintas dua pelumba yang menggunaka jentera Ducati. – TWITTER SUZUKI ECSTAR

LOSAIL – Meskipun terlepas podium pada perlumbaan Grand Prix (GP) Qatar di Litar Antarabangsa Losail Ahad lalu, namun pelumba Suzuki, Joan Mir enggan terlalu kecewa.

Sebaliknya, dia yang juga juara dunia percaya jentera GSX-RR 2021 sudah menunjukkan potensi sebenar pada perlumbaan tersebut biarpun sedikit mengecewakan ketika sesi kelayakan.

Kata Mir, biarpun dipintas Johann Zarco dan Francesco Bagnaia pada saat akhir untuk menamatkan perlumbaan di ke­dudukan keempat, namun dia semakin yakin menjelang GP Doha hujung minggu ini.

“Satu minggu yang cukup sukar kerana saya gagal untuk menemui rentak sebenar dengan jentera.

“Kadang-kadang saya rasa marah apabila gagal dapatkan apa yang dimahukan.

“Selepas sesi kelayakan, saya rasa seperti mahu hancurkan semua benda kerana terlalu kecewa.

“Bagaimanapun, saya boleh tersenyum sekarang biarpun dua Ducati memintas saya di saat akhir,” ujarnya.

Tambah pelumba Sepa­nyol itu lagi, dia sedar kemam­puan yang dimiliki jentera Ducati, namun tidak menjangka di­pintas oleh dua pelumba sekali gus.

“Ketika mele­pa­si selekoh ter­akhir, saya sudah nampak garisan penamat, namun secara tiba-tiba dua jentera Ducati seperti roket datang dan memintas saya.

“Jentera mereka cukup dahsyat,” kata Mir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI