fbpx

Kuza berstatus ibu tunggal sejak setahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuza mendedahkan sudah berpisah dengan suami pada tahun lalu selepas hidup bersama selama 12 tahun. - Foto oleh MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

KUALA LUMPUR – Pelakon Kuza mendedahkan dia kini sudah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal sejak setahun lalu.

Kuza atau nama sebenarnya, Tengku Sariza Tengku Muzani, 47, berkata, dia berpisah dengan suaminya, Ramyus Sidique pada tahun lepas.

“Saya sekarang ini sudah menjadi ibu tunggal sejak setahun yang lalu.

“Saya berpisah dengan suami pada tahun lalu selepas kami hidup bersama selama 12 tahun,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bagaimanapun, Kuza enggan mendedahkan secara terperinci mengenai punca perpisahannya.

Jelas Kuza, dia lebih selesa untuk tidak bercerita kepada umum mengenai kehidupan peribadinya.

“Hal peribadi sangat privasi. Kalau saya rasa perlu untuk berkongsi, saya akan kongsi. Kalau rasa tak perlu, lebih baik simpan sendiri.

“Anak-anak saya pun perlukan privasi. Jadi, saya perlu hormat mereka,” katanya ketika ditemui sewaktu majlis pelancaran produk Ali Zahra Madeena di ibu kota hari ini.

Kuza mendirikan rumah tangga dengan Ramyus pada 2007.

Menerusi perkahwinan ketiganya itu, Kuza dan Ramyus tidak dikurniakan cahaya mata.

Kuza mempunyai tiga orang anak iaitu Nizam Firdaus, 26, Puteri Nazihah, 25, dan Puteri Nadia hasil perkahwinan terdahulu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI