fbpx

Penganggur maut terperosok bawah treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal jenis Honda C70 yang ditunggang Lu Tong Kiat dirempuh sebuah treler sehingga mangsa terperosok di bawah kenderaan berat itu di persimpangan lampu isyarat Paya Bemban, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang penganggur maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah treler dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Paya Bemban di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Lu Tong Kiat, 53, mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan selepas terperosok di bawah treler tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, nahas berlaku ketika treler yang dipandu lelaki berusia 43 itu sedang dalam perjalanan dari arah Jalan Wisma menghala ke Jalan Guchil Bayam di sini.

Katanya, apabila tiba di persimpangan lampu isyarat, treler itu meneruskan perjalanan memandangkan lampu isyarat sudah hijau.

“Motosikal jenis Honda C70 ditunggang mangsa yang berada di sisi kiri treler secara tiba-tiba cuba memotong dengan membelok ke kanan untuk menghala ke Taman Maju.

“Bagaimanapun, pemandu treler itu tidak menyedari tindakan yang cuba dilakukan mangsa sebelum merempuh bahagian tepi motosikal lelaki berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, insiden itu menyebabkan mangsa terperosok di bawah treler sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk proses bedah siasat.

Tambahnya, pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI