PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah yang mencetuskan kontroversi gara-gara memuat naik foto berpenampilan seksi baru-baru ini bertindak menyahaktifkan akaun Instagram peribadi miliknya.
Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 31, dipercayai memadam kesemua gambarnya itu setelah empat hari namanya menjadi bualan dan perhatian netizen.
Bukan setakat memadam foto, pelantun lagu Runtuh itu turut dilihat memadam gambar profail Instagram miliknya sekali gus menimbulkan pertanyaan dan tanda tanya pengikut.
Pada masa sama, rakan artis yang turut merupakan kawan baik Nonny iaitu Mila Jirin dilihat tampil meluahkan rasa syukur serta memberi sokongan terhadap tindakan selebriti itu.
“Syukur alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, @nonnynadirah, jom mujahadah. Lawan jangan tak lawan,” tulis Mila dalam InstaStory.
Terdahulu, Nonny menjadi bualan netizen selepas memuat naik sekeping foto seorang wanita berbaju putih berpenampilan seksi dan mengenakan stokin jaring.
Bagaimanapun wajah wanita misteri itu ditutup dengan alat pelindung muka.
Dalam pada itu, pelakon Niezam Zaidi yang juga bekas kekasih kepada Nonny yakin Instagram milik Nonny yang memaparkan gadis itu tidak lagi bertudung selain berpakaian agak seksi digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Untuk rekod, Nonny pernah menarik perhatian netizen selepas membatalkan rancangan perkahwinannya dengan Niezam tanpa mendedahkan punca pembatalan majlis tersebut. – K! ONLINE