fbpx

Pengecualian kuarantin di stesen berdasarkan kriteria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Terdapat 27 kluster melibatkan kes indeks dalam kalangan pengembara yang tiba dari luar negara dengan jumlah 2,019 kes positif dikesan dalam tempoh 4 Mac tahun lalu sehingga 26 Mac 2021 berdasarkan pemantauan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengembara yang juga individu dalam pengawasan (PUS) sedang menjalani kuarantin adalah berisiko untuk menularkan jangkitan kepada orang berada di sekitarnya.

“Sejak 24 Julai tahun lalu hingga 27 Mac lepas, seramai 157,379 pengembara tiba di Malaysia dan daripada jumlah itu, seramai 61,931 pengembara pulang dalam tempoh 1 Januari tahun ini hingga 27 Mac.

“Justeru, seramai 61,462 orang telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin; 409 orang kuarantin wajib di tempat kediaman; 31 orang kuarantin di hospital dan 29 orang adalah pelawat perniagaan antarabangsa jangka pendek (STBT),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sejak pelaksanaan kuarantin wajib di stesen-stesen kuarantin ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menerima permohonan sama ada untuk pengecualian kuarantin wajib atau kuarantin di tempat kediaman dan pengecualian kuarantin di stesen kuarantin.

“Sejak 1 Januari hingga 27 Mac tahun ini, sebanyak 2,743 permohonan untuk kuarantin di tempat kediaman dan pengecualian kuarantin di stesen kuarantin telah diterima.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 409 permohonan diluluskan untuk menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman atau hospital,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI