fbpx

Jangan siasat, kami pakai ‘mask’ – Awal, Scha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya bergambar bersama pasangan pengantin Neelofa dan Haris pada majlis yang berlangsung Sabtu minggu lalu.

PETALING JAYA – Gara-gara bimbang disiasat polis bagi memberi keterangan berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) selepas hadir ke majlis pernikahan selebriti Neelofa dan Haris Ismail pada Sabtu lalu, pengacara Awal Ashaari berkongsi hantaran berseloroh meminta supaya dia tidak terpalit dengan isu tersebut.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Awal memohon supaya dia dan juga isteri, Scha Alyahya tidak disiasat atas dakwaan melanggar SOP.

“Tolong jangan siasat saya dan bunga saya (Scha). Kami pakai topeng pelitup muka sepanjang masa kecuali ketika hendak bergambar dan makan sebab kami tidak ada langsir macam pengantin,” seloroh Awal.

Hantaran dengan kapsyen yang sama turut dimuat naik isterinya, Scha Alyahya dalam Instagramnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 39, turut berkongsi sekeping foto ketika bergambar dengan pasangan pengantin di atas pelamin.

“Dalam jutaan bunga dekat belakang tu, dua kuntum bunga yang paling cantik, paling wangi dan paling berseri-seri. Satu bunga saya dan petik, satu lagi disunting Haris.

“Lelaki lain bolehlah ambil bau bunga-bunga lain yang masih banyak dekat latar pelamin tu. Selamat pengantin baharu Neelofa dan Haris,” ujarnya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan bahawa pengurus majlis pernikahan Neelofa dan Haris hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan berhubung perlanggaran SOP ketika majlis pernikahan selebriti itu pada Sabtu lalu.

Pemilik dan pengurus majlis, Faiz Sabari bersama isterinya, Rozana Mumtaz Mohd. Ashraff daripada Reka Teemor dilihat hadir beberapa minit selepas pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin bersama seorang wanita yang didakwa merupakan peguam kepada Neelofa turut tiba di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 11.40 pagi tadi.

Faiz yang ketika didekati wartawan selepas kira-kira dua jam memberi keterangan bagaimanapun enggan memberi sebarang komen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI