fbpx

Niezam yakin wanita seksi bukan Nonny, anggap Instagram digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Niezam Zaidi.

PETALING JAYA – Pelakon Niezam Zaidi yang juga bekas kekasih kepada pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah meluahkan perasaan masih tidak percaya kisah melibatkan bekas kekasihnya yang dikatakan kembali membuka tudung.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Niezam turut berkongsi sekeping foto yang dirakamnya pada awal Januari lalu menunjukkan Nonny dalam keadaan berniqab.

“Aku tidak percaya sedikit pun kata-kata, kerana aku lebih percaya pada Allah SWT. Dan kepada yang kecam, kata bukan-bukan tanpa bukti sahih berubahlah. Kadang itu ujian buat kita, janganlah cepat buruk sangka.

“Nanti boleh jatuh fitnah, jenuh nak cari dia dekat padang yang luas (Mahsyar) di sana nanti. Banyak sangat cakap itu cakap ini. Wait a minute (tunggu sekejap). Mudah kalau kalaian tadah tangan dan dio yang terbaik buat insan yang kalian kata itu ini. Kita doakan yang baik-baik ok,” katanya.

Dalam hantaran itu juga, pelakon yang pernah membintangi filem Jalan Puncak Alam itu percaya bahawa akaun Instagram Nonny telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Malah, Niezam turut meninggalkan doa memohon supaya bekas kekasihnya itu sentiasa dirahmati Allah SWT.

Kosmo! Online pada 26 Mac lalu melaporkan Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 31, telah menimbulkan tanda tanya tentang penampilan terbaharunya selepas naik video berdurasi 48 saat seorang wanita berbaju putih berpenampilan seksi dan mengenakan stokin jaring.

Bagaimanapun wajah wanita misteri itu ditutup dengan alat pelindung muka. Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! Online mendapati video pendek tersebut telah pun dipadam oleh Nonny dalam Instagramnya.  – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI