fbpx

Pinjam RM4,000, kena bayar hampir RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang suri rumah berusia 47 tahun di sini ketakutan selepas kerap didesak ah long yang menuntut jumlah bayaran balik yang tidak masuk akal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa mula meminjam wang daripada suspek pada Januari lalu.

“Mangsa membuat pinjaman berjumlah RM4,000 tetapi hanya mendapat RM3,000.  Suspek menetapkan kadar bayaran balik sebanyak RM360 perlu dibuat berselang empat hari sekali.

“Mangsa bagaimanapun konsisten melakukan bayaran balik berdasarkan jadual tempoh yang ditetapkan suspek,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Menurut Mohd. Wazir, sehingga semalam mangsa telah membuat bayaran balik pinjaman tersebut berjumlah RM6,200.

“Bagaimanapun, suspek terus mendesak pengadu untuk membuat bayaran lagi berjumlah RM13,000 yang kemudiannya, mangsa membuat laporan polis,” katanya.

Laporan berkaitan kejadian itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI