fbpx

Juruteknik didakwa melakukan khianat pecah cermin kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad 'Azim dibawa ke Mahkamah Majistret Muar hari ini atas pertuduhan melakukan khianat ke atas kenderaan seorang wanita sehingga menyebabkan cermin hadapan, sisi serta bonet hadapan rosak.-Foto NUR ALINA HASSAN

MUAR- Seorang penunggang motosikal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas melakukan khianat memecahkan cermin kenderaan yang dipandu seorang wanita sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM25, pertengahan Mac lalu.

Tertuduh, Ahmad ‘Azim Sa’ri, 25, yang bekerja sebagai juruteknik bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuraidah Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat terhadap seorang pemandu wanita berusia 26 tahun hingga menyebabkan kerugian melebihi RM25.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada pukul 3.25 petang, 15 Mac 2021 di Persimpangan Lampu Isyarat, Parit Jawa di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang juga pesakit mental didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dimana sabit kesalahan boleh dipenjara selama tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun, atau denda, atau kedua-duannya sekali.

Terdahulu, dalam prosiding secara tertutup, peguambela tertuduh, Sakinah Suhaimi memohon agar anak guamnya dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 April sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu tertuduh selesai menjalani rawatan di hospital berkenaan.

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi seminit 38 saat yang menunjukkan Ahmad ‘Azim bertindak agresif apabila memecahkan cermin kenderaan seorang wanita selepas berlaku perselisihan faham antara kedua-dua pihak.

Tertuduh yang berada di bahu jalan dilihat memarahi pemandu wanita di dalam kereta sebelum menghentak bonet hadapan dan cermin mangsa menggunakan topi keledar.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI