fbpx

Pengecualian kompaun lewat daftar perniagaan sehingga hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander Nanta Linggi

PUTRAJAYA – Inisiatif pengecualian kompaun atas kelewatan memperbaharui pendaftaran perniagaan dan kelewatan mendaftarkan perniagaan baharu di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dilanjutkan sehingga 31 Disember depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi menyokong Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Katanya, pelanjutan inisiatif pengecualian kompaun itu dijangka dapat memberi penjimatan sebanyak RM13.7 juta untuk dimanfaatkan oleh lebih 330,000 komuniti peniaga dalam mengharungi cabaran pemulihan ekonomi.

“Kementerian melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)  amat berbesar hati untuk melanjutkan kedua-dua inisiatif tersebut sehingga 31 Disember depan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Alexander berkata, pengecualian kompaun itu diperkenalkan untuk membantu komuniti perniagaan yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ramai peniaga dan bakal peniaga terutamanya yang berada di luar bandar tidak dapat memperbaharui perakuan pendaftaran perniagaan atau lewat mendaftarkan perniagaan baharu yang akan menyebabkan mereka dikenakan kompaun.

“Pelaksanaan inisiatif ini dapat membantu komuniti perniagaan meneruskan perniagaan dan menggalakkan lebih ramai bakal peniaga menceburi bidang perniagaan bagi merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi domestik di Malaysia yang terkesan akibat pendemik Covid-19,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI