fbpx

Isteri upah orang asing untuk peluk ketika berjauhan dengan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami Saskia tidak kisah isterinya mengupah pemeluk profesional ketika mereka berjauhan. – Love Don’t Judge/Daily Star

NEW YORK – Seorang wanita di Amerika Syarikat mendedahkan bahawa dia menggunakan khidmat orang asing untuk memeluknya ketika berjauhan dengan suami, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Lebih memeranjatkan, suaminya tidak kisah akan hal tersebut.

Wanita dikenali sebagai Saskia itu menggunakan khidmat jurupeluk menerusi Cuddlist iaitu sebuah platform yang menawarkan khidmat pemeluk profesional.

Saskia berkata, dia menggunakan khidmat Cuddlist selepas berpindah ke New York untuk menyambung kerjaya lakonannya.

Perpindahannya menyebabkan Saskia berjauhan dengan suaminya, Arthur untuk satu tempoh yang lama.

Keadaan itu menyebabkan Saskia kesepian, lantas mengupah pemeluk profesional untuk memenuhi nalurinya dengan bayaran AS$80 (RM332) sejam.

“Ramai menganggap perkara ini pelik kerana saya seorang wanita yang sudah berkahwin.

“Namun, saya tidak hiraukan cakap-cakap orang kerana saya sukakan perasaan disayangi dan bagaimana ia memberi kesan pada tubuh saya,” ujar Saskia dalam program televisyen Love Don’t Judge.

Sementara itu, Arthur ber­kata, meskipun dia dan isteri­nya menjalani hubungan monogami, dia tidak menganggap aktiviti Saskia melanggar inte­griti hubungan mereka.

“Saskia memang suka akan sentuhan dan selesa untuk berada di sekeliling orang lain.

“Apabila kami bersama, kami kerap berpelukan, jadi saya faham mengapa dia memerlukan sentuhan seorang manusia,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI