KLANG – Dua lelaki ditangkap selepas dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan menggunakan topi keledar di pekarangan sebuah hospital swasta di sini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kedua-dua suspek berusia 25 dan 26 tahun ditahan kira-kira pukul 6 petang tadi.
“Hasil siasatan awal mereka berdua mengaku terlibat dalam kes video tular di hospital swasta itu.
“Reman terhadap dua suspek akan dipohon esok di Mahkamah Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kosmo! Online terdahulu melaporkan polis sedang memburu beberapa individu yang terlibat dalam pergaduhan menggunakan topi keledar di pekarangan sebuah hospital swasta di sini, kelmarin. -K! ONLINE.