fbpx

Seo Shin-ae enggan jadi penakut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEO SHIN-AE

SELEPAS lama mengunci mulut, pelakon Seo Shin-ae akhirnya tampil bersuara berhubung kontroversi membabitkan penyanyi Soojin yang didakwa pernah membulinya.

Menerusi hantaran dalam Instagramnya, pelakon itu mengakui dahulu dia seorang yang lemah dan tidak mempunyai kekuatan untuk melawan pembuli.

Enggan mengulangi kesilapan sama, Shin-ae tampil berani mendedahkan bahawa dia pernah dibuli dengan teruk secara lisan oleh Soojin selama dua tahun.

Antaranya, Soojin pernah berkata, dia merupakan seorang pelajar yang dipinggirkan selain mempertikaikan mengapa guru di sekolah mereka kerap menyebelahi Shin-ae.

Perbuatan tersebut dilakukan setiap hari oleh Soojin dan rakan-rakannya ketika di kafe, luar kelas dan dalam perjalanan ke sekolah sambil mereka menuturkan perkataan mencarut.

“Kesakitan yang saya alami meninggalkan luka. Akhirnya saya takut berdepan dengan orang. Saya trauma dan menjadi seorang introvert. Penderaan mental sangat besar kesannya.

“Kepada yang pernah atau sedang berdepan perkara sama, jangan takut untuk bersuara.

“Jangan jadi seperti saya. Pada masa akan datang, saya hanya mahu berkongsi perihal kerjaya. Bukannya isu peribadi,” katanya panjang lebar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI