fbpx

Rumah terbakar, lelaki ditemui rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran dalam satu kejadian di Jalan Tiong Hua di sini Isnin lalu.

SIBU – Seorang lelaki ditemui rentung dalam satu kejadian kebakaran di sebuah rumah di Jalan Tiong Hua pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi berkata, mangsa merupakan seorang duda yang dikenali sebagai Ameng berusia dalam lingkungan 40-an.

“Hasil pemeriksaan mendapati  kejadian berlaku kira-kira pukul 1.50 pagi melibatkan dua blok rumah kayu teres dua tingkat. Terdapat seorang mangsa lelaki yang telah rentung dibawah timbunan kayu.

“Siasatan juga mendapati mangsa berada di dalam bilik tidurnya seorang diri sementara ibunya berada di bilik berasingan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, ibu mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi ketika kejadian.

“Mayat mangsa telah di hantar ke hospital untuk tindakan lanjut dan operasi pemadaman tamat pada pukul 7.50 pagi,” jelasnya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI