fbpx

Konsert jelajah Monsta X ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MONSTA X

HASRAT kumpulan Monsta X untuk bertemu peminat tidak kesampaian apabila perancangan konsert jelajah mereka dibatalkan buat kali kedua.

Sepatutnya, mereka akan menjelajah ke Amerika Syarikat (AS) dan Kanada untuk melakukan persembahan di sana pada April dan Mei depan.

Konsert Monsta X World Tour in US/Canada 2020 yang dirancang berlangsung pada Jun dan Julai tahun lalu terpaksa diubah ke tarikh baharu berikutan penularan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, agensi Starship Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perancangan tersebut terpaksa dibatalkan sekali lagi memandangkan situasi pandemik Covid-19 masih belum pulih ketika ini.

“Dengan dukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa konsert jelajah Monsta X di AS dan Kanada terpaksa ditunda buat kali kedua.

“Kami mahu menjalankan sebuah konsert dengan jadual persembahan baharu, memastikan soal keselamatan terjamin buat peminat, artis dan staf terlibat. Bagaimanapun, semua tiket yang dibeli peminat masih sah digunakan untuk tarikh baharu kelak,” ujar agensi tersebut.

Enggan membuat peminat berasa kecewa, Starship Entertainment berjanji akan berkongsi maklumat terkini berkenaan tarikh baharu penganjuran konsert kumpulan itu secepat mungkin selepas diputuskan kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI