fbpx

Tiga lagi nelayan Vietnam ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga nelayan Vietnam yang ditemui dalam keadaan selamat di perairan Kelantan selepas bot mereka karam tiba di Pulau Nam Du enam hari lalu. Foto : Ihsan MARITIM MALAYSIA

PASIR PUTEH – Tiga lagi nelayan warga Vietnam yang menjadi mangsa bot karam berhampiran Pulau Nam Du, Vietnam enam hari yang lalu ditemui selamat di perairan Kelantan petang semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kapten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, tekong bot, Tee Lee Van Chong, 47,dan dua awak-awak, Cau
Van Wang dan Nguyen Hau Binh masing-masing berusia 20 tahun ditemui kira-kira 5.7 batu nautika dari pelantar minyak Tanjung A dekat Tok Bali di sini.

Katanya, ketiga-tiga mangsa diselamatkan oleh sebuah kapal pelantar iaitu Express 93 yang turut menyelamat rakan mereka kelmarin.

“Siasatan awal mendapati nelayan terbabit turun ke laut pada 11 Mac lalu sebelum bot mereka karam enam hari yang lalu.

“Mangsa pertama yang ditemui semalam telah mengesahkan bahawa ketiga-tiga warga Vietnam itu merupakan tekong dan awak-awak dari bot sama yang dinaikinya selepas melakukan pengecaman wajah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Muhd. Nur Syam Asmawie, berdasarkan maklumat daripada tekong bot, tinggal seorang lagi awak-awak yang masih hilang dan belum ditemui. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI