fbpx

Individu gaduh depan hospital diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar individu dipukul menggunakan topi keledar di pekarangan hospital swasta di Klang, kelmarin

KLANG – Polis sedang memburu beberapa individu yang terlibat dalam pergaduhan menggunakan topi keledar di pekarangan sebuah hospital swasta di sini, kelmarin.

Insiden tersebut tular menerusi sebuah video berdurasi 14 saat di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp dengan dua lelaki termasuk warga Afrika cedera dipukul menggunakan topi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan rakaman video itu memaparkan beberapa lelaki sedang berkumpul di hadapan hospital itu.

“Seorang daripada lelaki itu yang tidak memakai baju kelihatan sedang berkomunikasi dengan seorang lelaki India yang memakai baju berwarna hitam.

“Kemudiannya, dia telah dipukul di kepala oleh lelaki berbaju warna hitam itu menggunakan sebuah topi keledar berwarna merah yang dipegangnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan siasatan lanjut berhubung punca kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI