WELLINGTON – New Zealand bakal menjadi satu-satunya negara di dunia yang menawarkan cuti berbayar untuk pekerja wanita yang mengalami keguguran kandungan selepas parlimen meluluskan usul tersebut, baru-baru ini.
Pekerja di New Zealand bakal diberi hak cuti tiga hari berbayar selepas mengalami keguguran di bawah undang-undang yang akan mendapat persetujuan kerajaan setelah berjaya melepasi peringkat terakhir parlimen.
Ahli Parlimen Parti Buruh, Ginny Andersen, yang memperkenalkan rang undang-undang itu (RUU) mengatakan bahawa ia akan menjadikan New Zealand negara kedua yang memberikan manfaat sedemikian kepada rakyatnya.
Selain New Zealand, India turut membenarkan wanita bercuti enam minggu jika mengalami keguguran.
“Saya berharap bahawa walaupun kita menjadi yang pertama, kita tidak akan menjadi yang terakhir dan negara lain juga akan memulakan undang-undang bagi sistem cuti belas ihsan dan adil.
“Semoga tindakan ini akan membuatkan negara lain menyedari keperitan dan kesedihan yang timbul akibat keguguran dan kematian bayi dalam kandungan”, katanya di parlimen semasa pembacaan terakhir RUU. -Agensi