fbpx

13 nelayan tangkap ikan di zon larangan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan kelas A bersama 13 kru ditahan kerana menangkap ikan dekat Teluk Sekadeh, Pulau Pangkor, 26 Mac lalu.

LUMUT – Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan laut dalam warga tempatan yang dipercayai menangkap ikan di kawasan larangan iaitu pesisiran pantai dekat Teluk Sekadeh, Pulau Pangkor, Jumaat lalu.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman, berkata bot nelayan kelas A itu dikesan berada pada kedudukan 0.4 batu nautika selatan Teluk Sekadeh kira-kira pukul 6 petang.

“Bot peronda yang sedang melaksanakan Ops Pintas telah mengesan sebuah bot kelas A di dalam keadaan mencurigakan di sekitar perairan Pulau Pangkor.

“Bot dipercayai melakukan aktiviti menangkap ikan di bawah tiga batu nautika dengan menggunakan pukat jerut sebagai alat penangkapan ikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shahrizan, pemeriksaan lanjut mendapati,13 kru termasuk tekong merupakan warga Malaysia yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 75 tahun dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Katanya, tekong dan kru bersama bot diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu Sitiawan dekat sini bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Tegasnya, penahanan itu membuktikan bahawa APMM sentiasa bersiap siaga dalam menguatkuasakan undang – undang bagi membendung kegiatan jenayah di laut meskipun negara terutama Perak masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat atau aduan jenayah maritim kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI