KAHERAH – Kesesakan lalu lintas maritim di Terusan Suez menyebabkan sejumlah besar kapal kargo terkandas termasuk sebuah kapal membawa lebih 20 kontena berisi alat mainan orang dewasa untuk dihantar ke Belanda, lapor agensi berita Sputnik semalam.
Aliran lalu lintas melalui Terusan Suez lumpuh sejak kapal mega, MV Ever Given tersadai Selasa lalu.
Menurut akhbar Daily Star, kontena terbabit membawa barangan untuk dihantar kepada sebuah syarikat bernama EDC Retail.
Ketua Pegawai Eksekutif EDC Retail, Evertine Magerman turut mengadu kerugian yang dialami disebabkan tidak berupaya menambah stok akibat kelewatan itu.
“Terdapat lebih 20 kontena penuh dengan barangan itu.
“Sebilangan besar produk telah dijual semasa Hari Krismas dan Hari Kekasih. Kami perlu mengisi kembali stok tetapi itu tidak mungkin berlaku sekarang,” katanya. – Agensi