fbpx

Sucikan hati, jangan suka jadi penyibuk – Emelda Rosmila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMELDA Rosmila

PETALING JAYA – Pelakon Emelda Rosmila tampil menempelak netizen yang suka ‘menjaga tepi kain orang lain’ supaya membersihkan hati daripada sibuk meninggalkan komen tidak sepatutnya kepada orang lain.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam InstaStorynya, isteri kepada pengarah, pengacara dan penggiat teater, Adlin Aman Ramli itu sebenarnya menegur sikap segelintir netizen apabila mempersoalkan majlis perkahwinan selebriti terkenal, Neelofa dengan Haris Ismail pada Sabtu lalu.

“Manusia boleh jangan jadi busy body (penyibuk) sangat tak? Orang nak kahwin letak berlian dekat pelamin pun biarlah. Tak usik duit kita pun. Semua benda nak tegur, kehidupan kita pun banyak kekurangan.

“Jangan asyik nak sibuk dengan kehidupan orang lain. Betulakan diri sendiri dulu. Boleh tak belajar untuk gembira bagi pihak orang lain?” kata pelakon drama Manjalara itu.

Menerusi hantaran itu juga, pelakon berusia 41 tahun itu turut meminta netizen supaya tidak terpedaya dengan kata-kata hasad daripada orang lain sehingga sanggup meninggalkan komen mengutuk orang lain.

“Kenapa serba-serbi nak menyibuk? Dia nak kahwin dekat bulan pun biarlah, nak letak kebun bunga dekat pelamin biarlah, nak turut daripada jet pejuang dekat pelamin biarlah. Apa kena mengena dengan kita?” katanya.

Dalam pada itu, Emelda turut meminta netizen supaya tidak terlalu terpedaya dengan hasutan syaitan dan banyakkan berdoakan untuk kesejahteraan orang lain.

“Jangan cepat terpedaya dengan bisikan-bisikan syaitan. Orang mendirikan masjid kita doakan untuk dia. Bukan asyik nak kecam sana sini,” ujarnya.

Dalam hantaran itu juga, Emelda turut meninggalkan pujian terhadap perkahwinan Neelofa dan Haris kerana mengadakan majlis perkahwinan yang cukup indah.

“Neelofa dan Haris nampak sangat cantik. Pelamin dia pun cantik serba putih nampak suci. Sebenarnya ringkas sahaja perkahwinan mereka. Tetamu yang datang pun serba putih, pakaian sopan.

“Artis yang tidak bertudung pun selfie (swafoto) selendang dekat kepala. Nampak manis. Jemputan ulama pun ramai. Alunan zikrullah hampir sepanjang majlis pernikahan yang disaksikan para malaikat,” tulis Emelda.

Terdahulu, majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, dengan pasangan Haris Ismail, 26, telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI