fbpx

NSL: Kedah belum kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Goalattack (GA) Kedah Sunshine, Aishah Rahim (kanan) melakukan percubaan ke arah kubu Melaka Mystic.

Pasukan Kedah Sunshine terus menghidupkan peluang untuk melayakkan diri ke separuh akhir Netball Super League (NSL) selepas menewaskan Melaka Mystic 63-39 pada aksi Kumpulan A di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.

Kedah kini hanya dibezakan tiga mata dengan pasukan tangga kedua, Perak Phoenix apabila mengumpul enam mata hasil dua kemenangan dan tiga kalah.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan menampilkan aksi yang agak seimbang apabila masing-masing melancarkan serangan demi serangan, namun memihak kepada Kedah apabila mendahului 16-11 bagi suku masa pertama.

Pasukan Kedah Sunshine cuba membuat jaringan.

Melaka yang dibimbing Noorrul Afniza Ahmad Jamaludin cuba mengejar kedudukan Kedah pada suku masa kedua, namun pasukan dari utara itu terus mengutip mata demi mata dan menjarakkan diri 32-18.

Barisan serangan Kedah yang diketuai goalshooter, Izyan Syazana Wazir dan goalattack, Aishah Rahim terus ‘mengganas’ apabila berulang kali mengancam kubu pertahanan Melaka.

Memulakan suku masa keempat dengan kedudukan 51-30, Kedah dilihat masih dahagakan jaringan apabila terus mengasak kubu Melaka sebelum menamatkan perlawanan menerusi kemenangan 63-39.

Bagi aksi terakhir saingan peringkat Kumpulan A hujung minggu ini, Kedah akan bertemu KL Wildcats sementara Melaka menentang Perak Phoenix. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI