fbpx

KL Wildcats sah juara Kumpulan A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG KL Wildcats, Nur Syafazliyana Mohd. Ali (tengah) cuba merampas bola daripada pemain Perak Phoenix, Nur Insyirah Samsudin (dua dari kiri) pada saingan Kumpulan A, NSL 2021 di Stadium Juara, Bukit Kiara malam tadi. - FOTO FARIZ RUSADIO

MESKIPUN sudah mengesahkan tempat ke pentas separuh akhir, na­mun Kuala Lumpur (KL) Wildcats langsung tidak menunjukkan belas kasihan ketika menang 67-25 ke atas Pe­rak Phoenix di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Lebih manis, kemena­ngan itu turut memastikan skuad bimbingan Norizan Rajab mengesahkan status mereka sebagai juara Kumpulan A dengan 15 mata menerusi lima kemenangan.

Pada aksi malam tadi, KL memulakan per­mainan cukup agresif apabila melancarkan se­rangan demi serangan sehingga mendahului 41-7 pada suku masa kedua.

Goal shooter KL, Puteri Intan Balqis Ahmad Dzulkefli berkata, dia dan rakan-rakan sepasukan dapat bermain dengan selesa memandangkan Perak seolah-olah gagal untuk menampilkan rentak sebenar.

“Saya fikir tempo permainan Perak tidak se­perti biasa, jadi kami gunakan kesempatan itu untuk terus mengasak mereka sepanjang perlawanan.

“Selain itu, strategi yang dilakukan pemain-pemain pertahanan juga menyebabkan Perak sukar untuk masuk ke kawasan D kami. Saya harap kami boleh teruskan momentum seperti ini,” katanya.

Berdasarkan prestasi yang ditampilkan KL Wildcats dalam saingan peringkat kumpulan, tidak hairan sekiranya mereka disebut-sebut sebagai pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan musim ini.

Sebagai rekod, saingan separuh akhir nanti bakal menemukan juara Kumpulan A dan naib juara Kumpulan B, manakala naib juara Kumpulan A akan berdepan juara Kumpulan B.

Pada aksi terakhir saingan Kumpulan A yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini, KL Wildcats akan bertemu Kedah Sunshine manakala Perak menentang pasukan tangga tercorot, Melaka Mystic.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI