fbpx

FINAS siasat insiden ceroboh Gua Matsoorat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zakaria (dua kiri) diiringi M. Nasir (kanan) menyampaikan sijil kepada peserta bengkel pada hari ini. /FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Tindakan sekumpulan kru produksi drama yang menceroboh masuk ke Gua Matsoorat sehingga merosakkan fosil berusia jutaan tahun di situ dilihat sebagai serius kerana ia sepatutnya tidak berlaku

Sehubungan itu satu siasatan dalaman akan dilakukan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bagi mendapatkan gambaran terperinci berhubung insiden itu.

Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berkata, pihaknya juga kecewa berkenaan kejadian tersebut kerana pencerobohan itu telah merosakkan khazanah alam.

Malah katanya, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah telah mengarahkan FINAS membuat siasatan dan inginkan maklumat lengkap dengan menemui pihak terbabit.

“Sepatutnya pihak kru produksi kena berhati-hati kerana isu pencerobohan seperti ini adalah serius apatah lagi melibatkan sebuah kawasan bersejarah.

“Sebaik mengetahui perkara sebenar, kita akan buat saranan melalui pasukan penguat kuasa dari Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS bagi memantau kerja-kerja penggambaran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Bengkel Hakcipta dan Bikin Video Muzik di Dewan Bandaran Ipoh di sini hari ini.

Bengkel berkenaan merupakan anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Luncai Emas Sdn. Bhd. dan FINAS yang turut dihadiri komposer terkenal tanah air, Datuk M. Nasir.

Mengulas lanjut jelas Zakaria, susulan insiden tersebut pihak Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan FINAS akan membuat penilaian terhadap syarat-syarat yang perlu dipatuhi pihak produksi sebelum dikeluarkan Surat Perakuan Penggambaran (SPP).

Media semalam melaporkan, tindakan syarikat produksi drama berkenaan yang tidak jujur apabila hanya memohon kebenaran untuk melakukan penggambaran di kawasan luar gua serta sekitar bandar raya Ipoh sahaja dan berjanji mematuhinya.

Malah, tindakan kru penggambaran dari Kuala Lumpur itu memasuki kawasan warisan bersejarah berkenaan yang kini tular di media sosial dikritik warga maya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI