fbpx

Harimau makan aiskrim, mandi kolam elak strok haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA ekor cheetah bernama Nummon dan Namo gemar kain basah disapu pada badannya. - THE NATION THAILAND

BANGKOK – Sekumpulan harimau di sebuah zoo Chiang Mai, Thailand diberi makan aiskrim dan ‘dipaksa’ mandi kolam sebagai salah satu alternatif dalam berdepan cuaca panas mencecah 40 darjah celcius di negara itu.

Menurut laporan akhbar The Nation kelmarin, hidangan aiskrim dimasukkan dalam menu harian untuk mengelak haiwan tersebut dari mengalami serangan strok haba.

Selain itu, aktiviti mandi kolam yang kerap adalah untuk memastikan harimau kekal terhidrasi dan sejuk semasa musim panas.

Petugas di kawasan Tiger Kingdom zoo tersebut menggunakan kayu panjang yang diikat daun kelapa dan mengoyang-goyangkannya untuk mengumpan haiwan itu masuk ke dalam kolam.

Sementara itu, tiga anak harimau, Nguen, Nak dan Thong ditempatkan di dalam ruang berhawa dingin agar haiwan itu berasa selesa.

Zoo tersebut yang terkenal dengan dua harimau cheetah jinak bernama Nummon dan Namo turut membiasakan kedua-duanya disapu dengan kain basah bagi menyejukkan badan.

Pengurus besar zoo di daerah Mae Rim, Chiang Mai, Orapin Shinawatra berkata, doktor haiwan dan pegawai zoo sentiasa mengawasi kumpulan harimau tersebut untuk memastikan binatang itu tidak berasa tertekan dan terdedah kepada risiko serangan strok haba.

“Harimau juga gemar berbaring untuk menjimatkan tenaga semasa cuaca panas,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI