fbpx

Kerja penstabilan rasuk SUKE 60 peratus selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerja-kerja penstabilan struktur rasuk Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) yang terlibat dalam insiden komponen kren terjatuh baru-baru ini hampir 60 peratus selesai.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan berkata, setelah selesai kerja penstabilan struktur, kerja-kerja pengalihan kren gantri akan segera dijalankan.

Katanya, dijangkakan kedua-dua fasa kerja ini akan mengambil masa selama dua minggu kerana proses pengalihan dan pembaikan ini adalah rumit.

“Ini berikutan terdapat beberapa aspek seperti proses teknikal, kaedah kerja, cuaca dan keselamatan penduduk sekitar, pekerja pembinaan serta keadaan sktruktur yang perlu diambil kira.

“Dalam menyelesaikan kerja-kerja pengalihan ini, SUKE bekerjasama dengan jurutera perunding professional, pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), JKKP dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB),” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pihak SUKE memohon maaf di atas kesulitan yang timbul berhubung kejadian ini.

“Orang awam mempunyai sebarang maklum balas atau pertanyaan, sila hubungi mana-mana saluran komunikasi kami di talian hotline 1-300-88-9922, emel [email protected], Twitter: @mySUKEofficial dan Facebook PROLINTAS Highways,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI