fbpx

Dua lelaki tak serik proses air ketum dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bungkusan air daun ketum yang dirampas dalam serbuan di Kajang Utama semalam.

KAJANG – Dua lelaki yang tidak serik menjalankan aktiviti memproses air daun ketum ditahan sekali lagi oleh polis dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan Seksyen 2/15, Kajang Utama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Kajang kira-kira pukul 3.30 petang susulan maklumat dan risikan yang dilakukan.

“Tindakan pantas pegawai dan anggota serbuan telah berjaya menahan dua lelaki tempatan dan menemui enam tong ais yang berisi 1,110 bungkusan dipercayai air daun ketum telah siap diproses oleh suspek bagi tujuan pengedaran kepada pelanggan di sekitar Kajang.

“Pasukan serbuan seterusnya melakukan tangkapan ke atas kedua-dua lelaki berusia 30-an dan 50-an itu serta merampas kesemua bungkusan berisi air daun ketum lalu dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zaid berkata, serbuan tersebut adalah untuk kali yang kedua dalam bulan Mac ini melibatkan suspek yang sama dan jumlah rampasan adalah dianggarkan kira-kira RM11,100.

“Siasatan berhubung kes ini dilakukan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan jika disabitkan kesalahan kedua-dua suspek boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” tegas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI