fbpx

Majlis pernikahan Neelofa-Haris disiasat polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar majlis pernikahan pasangan tersebut semalam yang mengundang kemarahan netizen kerana dikatakan tiada penjarakan fizikal.

PETALING JAYA – Polis Kuala Lumpur mengesahkan telah membuka siasatan berhubung kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sewaktu majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya akan memanggil penganjur majlis berkenaan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan berhubung perkara tersebut.

“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Kita sedang siasat perkara itu (majlis pernikahan) dan akan memanggil pihak penganjur tidak lama lagi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar majlis pernikahan selebriti popular Neelofa,32, dan Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, 26, di sebuah hotel di ibu negara.

Bagaimanapun penularan gambar berkenaan menerima kecaman hebat netizen yang mempersoalkan mengapa tiada penjarakan fizikal dan dilakukan tanpa mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI