fbpx

Perak ‘sebelah kaki’ ke separuh akhir NSL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOAL attack Kedah Sunshine, Siti Aishah Abdul Rahim (tengah) melakukan jaringan sambil dihalang pemain-pemain Perak Phoenix pada saingan Kumpulan A kejohanan NSL di Stadium Juara, Bukit Kiara. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

MESKIPUN berbaki dua lagi perlawanan, namun peluang Perak Phoenix untuk mengesahkan slot ke separuh akhir Netball Super League (NSL) sebagai dua pasukan teratas Kumpulan A semakin sukar digugat.

Ia selepas Perak berjaya menewaskan Kedah Sunshine 61-53 pada perlawanan keempat yang dianggap pertembungan merebut tempat kedua antara kedua-dua pasukan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Perak semakin mengukuhkan kedudukan tempat kedua de­ngan kelebihan enam mata ke atas Kedah yang baru memenangi satu daripada empat perlawanan.

Ketua jurulatih Perak, Almastara Mohd. Hashim mengakui, beliau terpaksa ‘naik angin’ ­dengan anak-anak buahnya sewaktu rehat suku masa kedua semata-mata untuk mengingatkan mereka agar tidak melakukan kesilapan sama.

“Memang pemain kena marah tetapi niat mahu menaikkan semula semangat mereka. Saya sangat berpuas hati kerana kami sasar 50 gol ke atas tetapi pemain berjaya menang dengan 61 jari­ngan,” katanya.

Sementara itu, pengendali Kedah, Huslina Hussain tidak kecewa dengan kekalahan anak-anak buahnya, sebaliknya berbangga dengan keseluruhan prestasi dipamerkan barisan pemainnya sepanjang perlawanan tersebut.

“Kami sudah cuba habis-habisan tetapi saya selalu ingatkan pemain-pemain bahawa kemenangan bukanlah segala-galanya. Pemain saya sebenar­nya sudah bermain cantik hari ini (semalam),” jelasnya.

Peluang Kedah belum tertutup sepenuhnya tetapi perlu mencatat kemenangan dalam baki dua perlawanan terakhir menentang Melaka Mystic hari ini sebelum bertemu pilihan utama, Kuala Lumpur (KL) Wildcats minggu depan.

Pada masa sama, Kedah juga perlu mengharapkan keajaiban agar Perak tercicir mata ketika menentang KL Wildcats hari ini dan Melaka minggu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI