fbpx

Konsep campak biskut Zara Zya tak menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARA ZYA

BARU-BARU ini kecoh tentang ‘amukan’ pelakon Zara Zya untuk penggambaran video promosi produk makanannya.

Diva pun ada juga tengok video kemarahan Zara itu. Bersungguh-sungguh ‘si tukang baling biskut’ tu campak-campak biskut yang dibuat dengan hasil air tangan Zara sendiri.

Tapi itulah, ramai juga netizen sebenarnya tidak puas hati dengan aksi tersebut. Bukan sebab insiden biskut dibaling, tapi sebab ramai yang persoalkan ‘kepalsuan’ kejadian membaling biskut itu.

Ramai yang kata perkara itu dibuat untuk tujuan promosi. Senang cakap marketing untuk tarik perhatian orang ramai.

Dalam ruangan komen, ramai betul yang menghentam Zara dan menyifatkan cara promosi yang dilakukannya tidak menjadi.

Dalam banyak komen, Diva tertarik dengan komen daripada penyanyi rap, Caprice apabila meninggalkan cetusan seakan-akan memerli pelakon itu.

“Haha not bad marketing but I think can be more believable (pemasaran yang boleh tahan cuma saya rasa boleh jadi lebih dipercayai),” katanya.

Tetapi, Zara dalam satu kenyataan lain pada awalnya mendakwa dia memang merancang untuk buat bahagian ‘campak biskut’, tetapi mengubah fikiran pada saat akhir dan telah memaklumkan perkara itu kepada produksi terlibat.

Entahlah, netizen yang melihat, nilailah sendiri.

DIVA: Musim ramai pula artis kahwin tiba-tiba teringin nak makan nasi minyak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI