fbpx

Ducati miliki ‘senjata’ tawan Litar Antarabangsa Losail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILLER mengakui penggunaan fairing baharu memberikan kelebihan aerodinamik pada jentera Ducati musim ini. – DUCATI CORSE TWITTER

DOHA – Pasukan Ducati Lenovo Team siap sedia untuk mempertahankan kejuaraan di Grand Prix (GP) Qatar apabila bakal menggunakan sistem aero­dinamik baharu pada jentera menjelang perlumbaan pembukaan MotoGP malam ini.

Ducati yang terkenal sebagai ‘Raja Inovasi’ dalam saingan MotoGP akan tampil dengan teknologi baharu terutama pada sistem aerodinamik bahagian hadapan jentera baharu mereka untuk menawan Litar Antarabangsa Losail.

Pelumba utamanya, Jack Miller mendedahkan bahawa dia selesa menggunakan fairing baharu pada perlumbaan sebenar di Litar Antarabangsa Losail selepas mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan malam semalam.

Pada sesi ujian rasmi awal bulan Mac lalu, Miller telah mencuba fairing baharu dan lama dan juara dunia Moto3 itu percaya sistem aerodinamik baharu itu paling sesuai digunakan pada perlumbaan di Qatar nanti.

“Sudah pasti saya lebih suka menggunakan aerodinamik yang baharu ini. Sukar untuk saya jelaskan kelebihan­ penggunaan fairing baharu ini tetapi saya akan gunakan pada perlumbaan sebenar nanti,” katanya.

Prinsipal pasukan Ducati, Gigi Dall’Igna berharap Miller dan Francesco Bagnaia menggalas tugas untuk memastikan Ducati mampu mempertahan kemenangan pada dua edisi perlumbaan lalu, sekali gus muncul juara pada saingan perlumbaan pembukaan MotoGP musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI