fbpx

Chelsea mahu Lukaku kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU menikmati prestasi terbaik dalam kariernya bersama Inter ketika ini yang sedang memburu kejuaraan Serie A. – AFP

LONDON – Chelsea menamakan bekas pemainnya, Romelu Lukaku sebagai antara penyerang yang berpotensi untuk di bawa ke Stamford Bridge musim panas nanti.

Lukaku pernah beraksi untuk Chelsea pada 2011 hingga 2014 tetapi banyak menghabiskan masanya dipinjamkan ke kelab lain dan hanya membuat 15 penampilan sahaja bersama kelab itu sebelum berhijrah ke Everton.

Lukaku memilih untuk berkelana ke Itali menyertai Inter Milan selepas melalui beberapa musim yang sukar bersama Manchester United, namun dia kembali membina semula reputasinya sebagai antara penyerang terbaik di dunia di San Siro.

Penyerang antarabangsa Belgium itu meledak 34 gol dalam semua kejohanan musim lalu dan musim sudah berjaya menjaringkan 25 gol buat pasukan itu.

Persembahan cemerlangnya di Itali menyebabkan beberapa pasukan seperti Manchester City bersedia untuk memberikannya ruang kembali ke England.

Laporan akhbar menyatakan, Lukaku akan menjadi pilihan ­alternatif buat Chelsea sekiranya mereka gagal mendapatkan khid­mat Haaland yang diletakkan harga yang agak tinggi.

Chelsea berharap Lukaku bersedia untuk pulang ke London untuk menyelesaikan tugasnya bersama pasukan itu apabila dia gagal menjaringkan sebarang gol ketika bersama pasukan itu sebelum ini.

Inter pula mungkin terpaksa melepaskan beberapa pemain bintangnya ekoran masalah kekangan kewangan biarpun berhasrat untuk terus mengekalkan Lukaku.

The Blues mengeluarkan dana lebih RM1 bilion musim panas lalu untuk mendapatkan pemain bagi menguatkan jentera sera­ngan, namun beberapa pemain yang dibeli seperti Timo Werner, Kai Haverts dan Hakim Ziyech gagal untuk mempamerkan potensi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI